
Buat pertama kalinya, glasier air beku yang luas ditemui terlindung dibawah litupan tanih di kawasan berlatitud rendah planet Marikh, kata saintis menggunakan kapal angkasa NASA MRO (Mars Reconnaissance Orbiter) yang dilengkapi radar berupaya menembus tanah .
Penemuan takungan air beku yang banyak mungkin dapat membantu dalam pencarian hidupan asing di planet Marikh, kerana air merupakan satu keperlan penting benda hidup. Glasier-glasier tersorok ini melitupi kawasan seluas beberapa puluh batu, dan membentuk lapisan setebal satu setengah batu. Glasier-glasier ini yang dilindungi oleh tanah mungkin merupakan saki baki lapisan ais lebih luas yang melitupi latitud-latitud tengah pada masa silam.
“Glasier-glasier ini mewakili takungan air beku paling besar di Marikh yang tidak terletak di kedua-dua kutub planet ini,” kata John Holt, dari Sekolah Geosains Austin, Universiti Texas di Austin, yang merupakan ketua penulis kajian ini (isu Nov 21 jurnal Science). “disamping nilai saintifik kajian glasier-glasier ini, ia juga boleh menjadi sumber air untuk manusia yang ingin meneroka Marikh di masa depan”, kata Holt.
Litupan-litupan tanah runtuh didapati mengelilingi ciri-ciri permukaan lebih tinggi di planet Marikh, yang menyerupai glasier-glasier ais yang dilitupi tanih di Antartika, yang juga ditemui menggunakan alat geofizik termasuk radar. Ais mungkin menjadi bahan pelincir bagi membolehkan jumlah tanih yang besar ini bergerak.
Alat radar cetek juga menunjukkan bahawa tanah-tanah runtuh di Marikh ini mengandungi jumlah ais yang banyak, kata Ali Safaeinilli di NASA. Pantulan radar yang diterima oleh kapal angkasa MRO menunjukkan bahawa gelombang radio menembusi lapisan atas tanah-tanah runtuh ini, tapi memantul pada satu permukaan di bawa tanah tanpe kehilangan sejumlah tenaga yang tinggi. Gelombang radio akan mengalami perkara yang sama apabila dipancarkan pada glasier yang dilitupi tanah nipis di Antartika. Halaju gelombang radio yang menembusi tanah-tanah runtuh Marikh ini juga konsisten dengan komposisi ais.
Lapisan tanih nipis yang melitup glasier-glasier Marikh ini telah membantu menghalang ais glasier daripada proses pengewapan akibat terdedah pada atmosfera pada latitude-latitud rendah.
No comments:
Post a Comment