Friday, 21 November 2008

DNA dari bulu Mammoth!!



Buat pertama kalinya, saintis berjaya membongkar sebahagian besar kod genetik haiwan purba “Woolly Mammoth”, dengan harapan dapat “menghidupkan semula” haiwan pupus ini pada masa hadapan.
“Kita mungkin berupaya melakukannya. Persoalannya sekarang ialah, adakah kita patut melakukannya?” berkata Stephan Schuster, seorang professor biokimia di Universiti Penn State, dan merupakan salah seorang penulis artikel yang melaporkan kajian ini. “Saya takkan terkejut jika ada orang yang boleh menghidupkan semula mammoth dalam 10-20 tahun akan dating.”
Projek ini berjaya menentukan dan memperihalkan susunan lebih dari 3 bilion bahan binaan asas DNA haiwan mammoth. 80 peratus daripada susunan DNA mammoth kini sudah diketahui. Tetapi ini sudah cukup untuk membantu saintis menjawab soalan-soalan seperti sejarah evolusi dan punca kepupusan mammoth.


Projek ini menggunakan kaedah baru untuk mengesan dan mengambil DNA daripada bulu mammoth yang terawet dalam tanah beku di Siberia. Ini berbeza dengan kaedah lama yang menggunakan DNA dari tulang haiwan-haiwan purba ini.
Sebelum ini, pengambilan DNA daripada tinggalan haiwan purba amat sukar dilakukan, kerana dalam masa beribu-ribu tahun tinggalan haiwan itu mereput, dan dicemari oleh DNA kuman bacteria, virus dan parasit. Contohnya, 94 peratus daripada bahan genetik yang diambil daripada tinggalan manusia purba Neandertal merupakan pencemaran daripada DNA bacteria, virus dan parasit.
Schuster berpendapat yang kita akan berupaya untuk menghidupkan haiwan yang baru pupus, iaitu dalam lingkungan 100 ribu tahun yang lampau, asalkan ia dibekukan di kawasan beriklim sejuk dan berbulu. Malangnya, dinosaur mungkin tidak dapat dihidupkan semula kerana dinosaur pupus 65 juta tahun lampau.
Sainti juga mungkin boleh menghasilkan baka campuran mammoth dengan gajah, iaitu saudara terdekatnya yang masih hidup, kata George Church, pengarah genomic pengkomputeran di Sekolah Perubatan Harvard.
Gajah dan Mammoth dipisahkan secara genetik oleh proses evolusi yang berjalan selama 6 juta tahun.
Saintis-saintis ini juga bercadang untuk menggunakan apa yang mereka pelajari daripada projek ini untuk menyelamatkan haiwan-haiwan mden yang diancam kepupusan seperti Tasmanian Devil di Australia.

(Diterjemah dari artikel Seth Borenstein, Assoc. Press, 19 November, 2008)

Artikel jurnal asal diterbitkan dalam Nature minggu ini

No comments: